fbpx

Pesakit darah tinggi, bukan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular menunjukkan kehadiran ambulas dan petugas kesihatan lengkap memakai PPE di KPSA

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Seorang kakitangan Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan yang ditemukan pengsan di Kompleks PKNS Shah Alam (KPSA) di sini disebabkan penyakit darah tinggi dan bukan jangkitan Covid-19.

PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) selaku pihak pengurusan kompleks itu dalam kenyataan hari ini mengesahkan kehadiran pegawai kesihatan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bagi membantu individu yang jatuh sakit di premis tersebut.

“Justeru, prosedur standard operasi (SOP) Kementerian Kesihatan menetapkan para petugas menyelamatkan pesakit (tanpa mengira jenis penyakit) dengan memakai PPE ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Berdasarkan sumber sahih, individu itu mempunyai penyakit darah tinggi dan bukan disebabkan oleh jangkitan Covid-19,” katanya.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan kakitangan kesihatan menolak seorang individu yang didakwa pesakit Covid-19.

PREC turut memaklumkan individu yang menyewa di KPSA itu dihantar ke  Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Individu tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar,” katanya.

Mengulas lanjut, PREC menegaskan sentiasa memastikan KPSA dan semua aset syarikat selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Proses sanitasi bangunan dilakukan secara berkala dan SOP yang dikuatkuasakan kerajaan turut dipatuhi.

“Langkah itu bagi memastikan kesemua pusat beli-belah milik PREC adalah selamat sepenuhnya,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI