fbpx

Datuk langgar 3 buah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik di akaun @mimio_mimot

PETALING JAYA – Seorang pemilik kereta mewah didakwa merupakan seorang ‘Datuk’ bertindak melanggar tiga buah kereta di lobi sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, malam tadi.

Menerusi video yang dikongsi @mimio_mimot di akaun TikToknya, ketika kejadian, pemandu terbabit melanggar kereta-kereta tersebut di lot parkir valet.

“Kes di sebuah pusat beli-belah Putrajaya semalam. Seorang Datuk memandu kereta mewah melanggar beberapa kenderaan lain selepas cubaan melarikan diri setelah bergesel dengan sebuah kereta lain pada awalnya,” tulisnya di dalam kapsyen.

Bagaimanapun, difahamkan pemandu terbabit dan orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya berikutan kes kemalangan pemandu yang dipercayai berada di bawah pengaruh tertentu yang tidak berkesudahan.

“Setiap perbuatan ada hukuman dan sebabnya,” komen seorang pengguna.

“Tidak kira gelaran apa, harap hukuman yang dikenakan setimpal. Pihak kerajaan tolonglah buat sesuatu untuk kurangkan pemandu seperti ini,” komen pengguna yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 902,500 perkongsian, 40,900 tanda suka dan 3,201 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI