ROURKELA – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi mencipta sejarah baharu apabila memecahkan rekod 60 meter (m) dalam dewan Malaysia.
Azeem, 19, merakam masa 6.63 saat (s) pada pusingan pertama di Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Texas Tech di Pusat Kecemerlangan Prestasi Texas Tech, Lubbock awal pagi tadi.
Ia sekali gus memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s dilakukan oleh Watson Nyambek dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalan Dewan IAAF di Jepun pada 1999.
Menariknya, pemegang rekod 100m Malaysia itu turut memenangi pingat perak acara tersebut selepas mencatat masa 6.65s di pentas final pagi tadi.
Pingat emas dimenangi Micah Williams dari Universiti Oregon dengan catatan 6.49s, manakala gangsa menjadi milik pelari Universiti Louisiana, Rodney Heath Jr. menerusi masa 6.67s. – KOSMO! ONLINE