fbpx

Speedy Tigers sudah sehabis daya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain Malaysia, Muhammad Marhan Mohd. Jalil dikawal ketat pemain lawan ketika Malaysia tewas kepada Afrika Selatan 6-3 pada Piala Dunia Hoki 2023 di Rourkela kelmarin. - FARIZ RUSADIO

ROURKELA – Status naib juara kumpulan tidak membawa apa-apa makna berdasarkan format Piala Dunia Hoki 2023 susulan kekalahan 3-6 Malaysia terhadap Afrika Selatan di Stadium Hoki Birsa Munda kelmarin.

Malaysia terpaksa bermain penentuan tempat ke-13 hingga 16 menentang Jepun hari ini dengan misi mengelak menjadi dua pasukan terbawah walaupun menang ke atas Chile dan New Zealand dalam Kumpulan C.

Afrika Selatan bakal menamatkan saingan di kedudukan lebih tinggi daripada Malaysia apabila mara ke klasifikasi sembilan hingga 12 walaupun menghuni tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang kemenangan.

Faktor kepenatan jelas memberikan kesan buat Malaysia yang cuma ada tiga hari masa rehat termasuk perjalanan semula ke Rourkela dari Bhubaneswar selepas bertarung dengan Sepanyol di cross over hingga ke penalti shoot-out.

Ia berbeza dengan Afrika Selatan yang mempunyai lima hari rehat di Rourkela sebelum menentang Malaysia selepas bermain aksi terakhir Kumpulan A di venue yang sama pada 20 Januari lalu.

Ketiadaan pakar psikologi Ins­titut Sukan Negara (ISN), S. Aruna yang kebiasaannya bersama Speedy Tigers dalam beberapa kejohanan terakhir, juga boleh dianggap antara faktor para pemain gagal beraksi pada tahap sebenar.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, A. Arul Selvaraj tidak mahu menjadikan ia satu alasan anak-anak buahnya ‘rebah’ pada 30 minit pertama dalam aksi menentang Afrika Selatan kelmarin.

“Kami tak dapat bawa pakar psikologi kerana 30 kad akreditasi diperuntukkan buat satu pasukan. Saya tak fikir dia ada akan ubah keputusan di sini kerana kekalahan ini bukan sebab mental atau psikologi (pemain).

“Saya tak salahkan bab psikologi kerana ia tiada kaitan. Kami bermain dengan amat baik dalam tiga aksi terakhir dan inilah satu-satunya prestasi buruk kami di sini.

“Memang susah untuk mereka bangkit tetapi kami perlu habiskan kejohanan ini dengan bagus. Biasanya orang akan ingat aksi terakhir, jadi kami perlu bangkit dan tunjuk aksi membanggakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI