WASHINGTON – Lagenda World Wrestling Entertainment (WWE), Hulk Hogan mengejutkan peminat apabila meminta bantuan ketika menghadapi masalah di dalam tandas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Lelaki berusia 69 tahun itu dilaporkan kehabisan tisu tandas dan meminta bantuan pengikutnya di laman Twitter. Adegan pelik itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.37 petang (waktu tempatan).
“Help (Tolong),” demikian ciapan pertamanya.
Kira-kira 13 minit kemudian, Hogan menulis: “Saya kehabisan tisu tandas, tolong!!!!!!!”
Ciapan itu dipadamkan tidak lama selepas itu dan tiada komen lanjut daripada Hogan atau pengesahan sama ada dia telah mendapat bantuan.
Pakar gusti, David Bixenspan menulis: “Ini adalah perkara paling indah yang pernah saya lihat.
“Saya tidak menyangka Hulk Hogan akan memuat naik ciapan teks dan memohon untuk mendapatkannya kertas tandas ketika menghadapi masalah di dalam bilik air,” katanya. – Agensi