fbpx

Jokowi sendiri bermain lato-lato

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Jokowi (kiri) bermain permainan lato-lato dan ia kini menjadi trend di Indonesia. - Foto M SE Asia

JAKARTA – Permainan lato-lato kini menjadi trend di Indonesia, malah Presiden Joko Widodo (Jokowi) sendiri turut bermain permainan tersebut baru-baru ini, lapor portal berita M SE Asia kelmarin.

Menurut portal berita itu, pelbagai lapisan masyarakat daripada anak-kanak hinggalah orang dewasa bermain permainan lato-lato.

Lato-lato terdiri daripada dua bola berwarna terang diperbuat daripada plastik dan mempunyai tali dengan cincin kecil di bahagian tengahnya.

Dengan membuat gerakan naik dan turun, pemainan itu mempunyai matlamat untuk mendapatkan kedua-dua bola melantun antara satu sama lain, manakala lantunannya menghasilkan bunyi ‘klak’ yang berbeza.

Bertentangan dengan kepercayaan popular di Indonesia, permainan itu sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan sangat popular pada akhir 1960-an dan awal tahun 1970-an.

Popularitinya merosot apabila terdapat laporan bahawa terdapat kanak-kanak yang mengalami kecederaan menyebabkan permainan itu ditarik balik dari rak kedai mainan di AS dan Kanada.

Pada tahun 1990-an, permainan itu mula dikesan di Indonesia, khususnya di kawasan luar bandar, manakala nama lato-lato adalah perkataan Bugis dan orang Indonesia di daerah yang berbeza mempunyai nama yang berbeza-beza untuk permainan tersebut.

Sebagai contoh, dalam bahawa Jawa, ia dipanggil etek-etek dan di Jawa Utara, mereka memanggilnya nok-nok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI