“MASYA-ALLAH cantiknya Sumayyah!”
Itu antara komen yang memuji kecantikan anak perempuan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof selepas videonya menjadi model cilik bagi sebuah jenama busana sempena hari raya tular baru-baru ini.
Rata-rata netizen mengakui teruja melihat gelagat Sumayyah dan abangnya, Syaikhul Islam menjadi model pakaian untuk sebuah jenama tempatan.
Namun, tidak kurang juga terdapat segelintir individu yang berasa sebak melihat dua wajah anak kecil itu sekali gus terkenang kemelut rumah tangga yang kini dilalui ibu bapa mereka.
“Indah sungguh dua buah hati Puteri Sarah tetapi entah kenapa rasa sebak melihat mereka,” kata netizen.
“Semoga dua anak kecil ini dididik sempurna dan menjadi penjaga ibu mereka satu hari nanti,” komen seorang lagi netizen.