fbpx

Kakitangan Google kongsi kesedihan dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICOLE adalah antara 12,000 pekerja Google yang diberhentikan sebagai langkah penjimatan kos. - TikTok

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Seorang pekerja enjin carian Google yang menjadi tumpuan kerana mempamerkan suasana mewah tempat kerjanya di laman TikTok, kini mendedahkan realiti hidup setelah dia diberhentikan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pesohor TikTok, Nicole Tsai yang bekerja di cawangan Google di Los Angeles adalah antara mereka yang berkongsi kehidupan sebagai pekerja syarikat gergasi teknologi itu.

Nicole pernah merakam blog video (vlog) mempamerkan bilik mesyuarat bertemakan Google, makan tengah hari percuma dan snek bar tenaga yang dibekalkan kepada pekerja semasa waktu rehat.

Bagaimanapun, akaun media sosial Nicole kurang mendapat perhatian setelah dia menjadi antara 12,000 pekerja yang diberhentikan oleh Google.

Dalam sebuah klip video bertajuk A Day In My Life Getting Laid Off At Google, Nicole berkata: “Saya mendapat mesej teks tidak menyenangkan daripada majikan dan menelefonnya sebaik sajak membacanya.

“Saya kemudian mendapati telah kehilangan akses kepada segala-galanya. Saya tidak dapat melakukan log masuk pada akaun e-emel atau menyemak kalendar,” katanya.

Dalam pada itu, pesohor TikTok bernama Cedoni Francis, 24, turut menghadapi nasib sama seperti Nicole.

“Seluruh pasukan saya diberhentikan oleh Google. Pemberhentian pekerja dibuat bukan berdasarkan prestasi kerja tetapi kerana syarikat perlu menjimatkan kos.

“Pemberhentian ini bukan sahaja menjejaskan pekerja di peringkat saya, tetapi pengarah dan penolong pengarah juga diberhentikan,” jelas Francis.

Google mengumumkan bahawa pihaknya akan memberhentikan 12,000 pekerja bermula semalam, menyamai kira-kira enam peratus tenaga kerjanya.

Antara syarikat gergasi teknologi lain yang mengumumkan langkah penjimatan kos dengan memberhentikan pekerja termasuk Meta, Twitter, Amazon serta Microsoft. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI