PETALING JAYA – Sebanyak sembilan negeri diramal berdepan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang sihingga pukul 7 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan melanda kawasan di utara Semenanjung.
“Antaranya di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), manakala bagi negeri Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.
Sementara itu, di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu juga berisiko melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan sebahagian besar negeri Melaka pada petang ini.
“Hujan lebat serta ribut petir juga sedang berlaku di Sarawak melibatkan Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE