fbpx

Penggodam ‘ransomware’ digeruni, Hive kecundang di tangan FBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan Hive yang merupakan penggodan siber terkenal berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa AS baru-baru ini. - Foto AFP

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) merampas peranti pelayan kumpulan perisian peras ugut, Hive yang memperoleh wang tebusan lebih AS$100 juta (RM422.55 juta) daripada beribu-ribu mangsa, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Rampasan dilakukan selepas pihak penguatkuasa undang-undang menggodam dan menawan kunci yang digunakan untuk menyahkod perisian serangan siber Hive.

Hive merupakan antara kumpulan penggodam paling berbahaya dan prolifik, manakala sasarannya termasuk hospital dan infrastruktur awam lain. Hive memaparkan mesej menyatakan bahawa lamannya dirampas oleh gabungan penguatkuasa undang-undang antarabangsa termasuk Biro Siasatan Persekutuan

(FBI).

Ransomware ialah sejenis serangan online berniat jahat yang menyusup ke dalam rangkaian komputer dan menyebabkan fail mangsa tidak dapat diakses.

Penggodam kemudian meminta wang tebusan bagi membuka semula akses kepada sistem komputer mangsa. Lazimnya, wang tebusan yang diminta adalah dalam bentuk mata wang kripto. Hive juga menyerang rangkaian komputer yang cuba menghalang serangannya.

“Dalam pengawasan siber abad ke-21, pasukan penyiasat kami berjaya mengatasi Hive. Dengan menggunakan cara yang sah, kami telah menggodam kumpulan penggodam tersebut,” kata Timbalan Peguam Negara AS, Lisa Monaco pada sidang akhbar ketika mengumumkan kejayaan itu di Washington kelmarin.

Operasi yang berlangsung selama beberapa bulan itu bermula di Florida tahun lalu, melibatkan ejen-ejen FBI mengakses rangkaian Hive dan memberikan kunci siber kepada mangsa untuk mengakses semula sistem komputer mereka.

Kejayaan tersebut menyaksikan gabungan penguatkuasa undang-undang antarabangsa turut berjaya menyekat pembayaran wang tebusan berjumlah kira-kira AS$130 juta (RM549.31 juta) yang belum dijelaskan kepada Hive.

Kumpulan penggodam itu amat terkenal dan ditakuti kerana menjadikan hospital dan sekolah sebagai sasarannya.

Pada musim panas 2021, Hive melakukan serangan ransomware ke atas hospital-hospital di AS. Serangan itu mengakibatkan hospital-hospital terbabit tidak dapat menerima pesakit baharu dan terpaksa menjalankan operasi dengan menggunakan rekod-rekod kertas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI