fbpx

Peja jangan sibuk urusan orang lain – Isham Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham (kiri), Ahmad Faizal (kanan).

PETALING JAYA – Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menasihatkan agar Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya tidak sibuk dengan urusan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jelas Isham, jawatan tersebut yang diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk menentukannya.

“Faizal Azumu, saya cadang supaya kamu tidak perlu sibuk berkenaan urusan jawatan Timbalan Perdana Menteri, jawatan ini adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan, bukannya kamu atau parti kamu PPBM.

“Daripada kamu sibuk dengan kes mahkamah orang lain dan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah berlangsung selama lebih empat tahun di mahkamah akibat pendakwaan-pendakwaan terpilih oleh pemimpin-pemimpin daripada parti kamu dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Faizal menerusi satu kenyataannya semalam mempertikaikan rayuan Timbalan Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali pasportnya secara kekal dengan mahkamah.

Ahmad Zahid mengemukakan rayuan tersebut bagi memudahkan beliau untuk melakukan tugas-tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi urusan pentadbiran megara.

Dalam pada itu, Isham turut menasihati Ahmad Faizal dan rakan-rakan supaya bersedia bagi menghadapi urusan mahkamah selepas ini akibat kes rasuah pengundi dan skandal lain.

“Saya saran supaya kamu atau rakan-rakan dalam parti kamu bersedia untuk dihadap ke mahkamah pula dan menjadi kluster mahkamah 2.0 kini akibat kes rasuah pengundi dan skandal penyalahgunaan dana kerajaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

“Sebab sebelum ini semasa parti kamu dalam kerajaan, puak-puak kamu banyak terlepas daripada pendakwaan kes jenayah apabila wakil-wakil rakyat kamu melompat parti.

“Adakah kamu rasa kamu atau rakan-rakan kamu akan dapat terlepas begitu sahaja lagi kali ini dengan mengalih perhatian kepada isu orang lain dan dengan memanggil rasuah kamu itu sedekah? Rakyat tidak akan lupa kes-kes ini.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kamu perlu fokus kepada masalah kritikal kamu dan parti kamu ini,” katanya lagi.

Isham turut mengingatkan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Tambun itu bahawa pelaku jenayah dan rasuah tidak akan terlepas dari pengadilan di dunia mahupun akhirat.

“Sesiapa yang melakukan jenayah dan rasuah tidak boleh terlepas dari pengadilan, di dunia atau di akhirat. Bersiaplah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI