fbpx

Tiada pembubaran DUN Selangor sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN Shari (depan kiri) dan WAN ROSDY Wan Ismail (depan kanan) pada mesyuarat dua hala Kerajaan Pahang dan Kerajaan Selangor di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini perbincangan ke arah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masih berjalan, namun ia bukan berkaitan pembubaran kerajaan negeri.

“Kita sedang bincang (pembubaran DUN), nanti InsyaAllah, kita akan putuskan. Setakat ini, saya boleh bayangkan tiada pembubaran DUN sebelum Aidilfitri dan saya boleh sahkan perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Ditanya mengenai cadangan Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin menjelaskan soalan itu perlu diacukan kepada pemimpin tersebut.

“Kena tanya dia (Tengku Zafrul),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Pahang telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan di negeri ini dengan keterlibatan kedua-dua parti.

Sementara itu Wan Rosdy berkata, kedua-dua parti itu juga turut bersetuju mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar ia selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Semangat musyawarah ini diharapkan dapat mengetepikan perbezaan politik dan memfokuskan segala usaha demi kebaikan rakyat Negeri Pahang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI