fbpx

Mahkamah: Bela diri Bung Moktar, Zizie tidak didengar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUNG Moktar Radin hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan berkerusi roda bagi sebutan kes rasuah pelaburan Felcra. FOTO SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Keterangan bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad terhadap pertuduhan rasuah, masih belum ditentukan selagi rayuan mereka terhadap permohonan semakan tidak didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Peguam M. Athimulan yang mewakili Ahli Parlimen Kinabatangan itu memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, pengurusan kes terhadap rayuan itu di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 22 Mac ini.

Tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan kerana Mahkamah Rayuan belum menerima rekod rayuan termasuk penghakiman bertulis dan nota keterangan daripada Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon tarikh sebutan lain bagi memaklumkan perkembangan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How tidak membantah permohonan pembelaan untuk kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.

Hakim Rozina Ayob kemudian menetapkan sebutan pada 27 Mac ini dan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.

Pada 3 Januari lalu, pasangan itu yang sepatutnya mula membela diri terhadap pertuduhan rasuah melibatkan pelaburan RM150 juta wang Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad, dibenar oleh Mahkamah Tinggi untuk menggantung perbicaraan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman (kini Hakim) Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan kedua-duanya sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI