fbpx

20 keluarga asnaf terima manfaat projek SPERA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin (tiga kiri) ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara ZPP, IKTBN dan Koperasi IKBN di pekarangan Masjid Kubang Ulu, Bukit Mertajam, di sini semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 20 buah keluarga asnaf terpilih dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan fasa pertama projek Skim Pendawaian Elektrik Rumah Asnaf (SPERA) tidak lama lagi.

Ia susulan pemeteraian kerjasama yang dijalin antara Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, ketika ini, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi menjayakan projek tersebut dengan setiap keluarga bakal menerima peruntukan maksimum sehingga RM6,000.

Melalui kerjasama itu, katanya, pihak IKTBN akan menggunakan kepakaran mereka untuk membuat pemeriksaan dan kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik di rumah asnaf yang telah dikenal pasti.

“Proses pemeriksaan dan pembaikan itu akan dijalankan pelajar-pelajar IKTBN yang sedang menjalani kursus Perakuan Kompetensi Pendawai Fasa Tiga (PW4) dengan dipantau sepenuh masa oleh tenaga pengajar.

“Pada masa sama, segala kos yang terlibat akan dibiayai menggunakan dana yang diperoleh hasil daripada agihan zakat,” katanya pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Masjid Jamek Kubang Ulu, Bukit Mertajam di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Amran berkata, SPERA akan dijalankan secara berfasa mengikut kariah di seluruh Pulau Pinang bermula dengan projek perintis di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.

Katanya, fokus akan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin yang merupakan penerima skim kewangan bulanan daripada ZPP.

“Antara syarat kelayakan skim ini adalah penerima hendaklah tinggal di rumah sendiri ataupun rumah pusaka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI