fbpx

Sultan Johor nasihat mangsa banjir supaya berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim berkenan melawat PPS Dewan Muafakat Taman Desaru Utama dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menasihati mangsa banjir agar sentiasa berhati-hati ekoran keadaan cuaca tidak menentu pada masa ini.

Baginda yang berkenan melawat mangsa dua pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Muafakat Taman Desaru Utama dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar hari ini turut memberikan kata-kata semangat kepada mangsa banjir.

Meskipun jadual yang padat, baginda sempat meluangkan masa berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir sebaik sahaja Baginda selesai berkenan menerima mengadap tiga Menteri Persekutuan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.

Baginda juga berkenan memandu sendiri ke PPS berkenaan walaupun cuaca hujan sepanjang perjalanan. Turut mengiringi Baginda, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

PPS berkenaan menempatkan 138 mangsa melibatkan 35 keluarga, manakala PPS SK Bandar Penawar pula menempatkan 250 mangsa dari 64 keluarga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI