fbpx

Jong-hyun janjikan trofi buat THT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONG-HYUN terbukti masih belum berkarat apabila berjaya membantu Korea Selatan ke suku akhir selepas menewaskan Argentina di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Isnin lalu. – AFP

ROURKELA – Pasukan Hoki Terengganu (THT) beruntung besar kerana berjaya menge­kalkan bintang Piala Dunia Hoki 2023 dari Korea Selatan, Jang Jong-hyun.

Jong-hyun, 38, bukan asing lagi buat para peminat THT ke­rana pakar flick tersebut sen­tiasa menjadi nama tetap buat gergasi Pantai Timur itu setiap kali kuota import dibenarkan dalam Liga Hoki Malaysia (MHL).

Peraturan saingan musim baharu MHL 2023 yang akan berlangsung 9 Februari hingga 18 Mac depan kembali membenarkan pasukan menggunakan khidmat import selepas dua edisi tidak dibenarkan disebabkan Covid-19.

Jong-hyun mengakui, dia akan kembali ke Malaysia untuk menyarung jersi THT selepas berakhirnya perjalanan Korea Selatan dalam kempen Piala Dunia Hoki 2023 di bumi India.

“Saya akan sertai THT selepas ini. Misi saya sama seperti tahun-tahun lalu iaitu bantu THT muncul juara dan saya akan berikan prestasi sehabis baik,” katanya.

Walaupun dianggap ‘kuda tua’ tetapi ketajaman pukulan sudut penalti Jong-hyun masih belum berkarat dan terbukti ketika membantu Korea Selatan ke suku akhir selepas menewaskan Argentina di Sta­dium Kalinga, Bhubaneswar pada Isnin lalu.

Ketika itu, Jong-hyun berjaya meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan untuk bangkit mengikat Argentina 5-5 sebelum menang 3-2 menerusi penentuan penalti shoot-out.

Begitupun, wakil tunggal Asia di peringkat lapan terbaik itu gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir apabila tewas 1-5 kepada Belanda kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI