fbpx

Mohd. Reza bersara selepas 42 tahun dalam TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Reza diberi penghormatan sempena persaraannya di Pangkalan TLDM Lumut hari ini. - Foto IHSAN TLDM

LUMUT – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany diraikan dalam majlis istiadat penghormatan sempena persaraan beliau di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Ia dimulai dengan majlis perbarisan penghargaan Panglima TLDM oleh 26 pegawai dan 538 anggota diketuai oleh Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Laksamana Muhammad Amin, Komander Mohd. Lokman Bajuri di KD Pelandok.

Mohd. Reza dan isteri, Puan Sri Maslina Ismail, kemudian hadir pada program Majlis Ramah Mesra bersama kira-kira 300 warga TLDM di Auditorium M Sidek Shabudin.

Beliau dan isteri kemudian menaiki kenderaan diberi penghormatan ‘street lining’ oleh 1,575 warga TLDM dan kakitangan awam di sepanjang jalan dari Auditorium M Sidek Shabudin sehingga Jeti Air Dalam di Markas Pemerintahan Armada Barat.

Kemuncak acara penghormatan ialah acara ‘Fleet Review’ di perairan Pulau Pangkor melibatkan 15 kapal, lima bot pemintas Bot Tempur Pantas (FCB), 15 bot tempur ‘Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB) dan lapan helikopter terdiri daripada lima helikopter Fennec, dua Super Lynx serta sebuah helikopter Operasi Maritim.

Pada majlis itu, Mohd. Reza dibawa menaiki KD Lekiu sebagai simbolik penghargaan terhadapnya yang pernah menjadi Pegawai Memerintah kapal tersebut mulai 23 Mei 2002 sehingga 31 Mei 2003.

Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut hari ini, Mohd. Reza mula mengambil alih tampuk pemerintahan TLDM pada 30 November 2018 dan akan bersara pada 13 Ogos tahun ini setelah 42 tahun berkhidmat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI