fbpx

Penyelidik China cipta robot boleh cair seperti Terminator 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan detik-detik sebuah robot kecil menjadi cair dan membentuk semula badannya di luar sebuah kurungan di Hong Kong. - The Chinese University of Hong Kong

HONG KONG – Sekumpulan penyelidik dari China berjaya mencipta robot kecil yang boleh mencair dan membentuk semula badannya sama seperti watak dalam filem Terminator 2: Judgment Day, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Dalam filem keluaran tahun 1991 itu, terdapat watak robot android pembunuh, T-1000 yang boleh menjadi cair dan berjalan melalui bar logam tetapi para penyelidik China mampu menjadikannya sebagai realiti.

Terdapat video yang menunjukkan robot kecil itu boleh mengubah bentuk ketika ia terperangkap dalam kurungan, sebelum ia menjadi cair di celah palang dan membentuk semula badannya di luar kurungan tersebut.

Ia dicipta oleh penyelidik-penyelidik dari The Chinese University of Hong Kong dengan membenamkan zarah magnet dalam galium iaitu sejenis logam dengan takat lebur yang sangat rendah iaitu 29.4 darjah Celsius.

Menurut Ketua Penyelidik, Dr, Chengfeng Pan, memberikan robot keupayaan untuk bertukar dalam keadaan cecair dan menjadi pepejal memberikan ia lebih banyak fungsi.

Laman berita euronews.next melaporkan robot itu dikawal dengan zarah magnet yang tertanam pada badannya sekali gus memberikan keupayaan untuk menjadi cair sebelum bertukar kepada bentuk pepejal semula. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI