fbpx

Terkejut nampak tikus besar celah bungkusan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tikus besar berlegar-legar di celah bungkusan sayur mengejutkan pelanggan pasar raya.

PETALING JAYA – Seekor tikus berlegar-legar di sebalik bungkusan sayuran yang dipamer di ruang dingin (chiller) sebuah pasar raya Luyang, Sabah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seorang individu, @datuazri menerusi satu hantarannya di Twitter meminta pelanggan sentiasa berhati-hati semasa berbelanja di pasar raya berikutan tikus yang dilihatnya di sebuah pasar raya.

“Berhati-hati apabila membeli sayur di pasar raya. Boleh kena kencing tikus (Leptospirosis). Tujuan saya berkongsi video ini bukan untuk memfitnah melainkan sebagai langkah berjaga-jaga,” jelasnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata tidak menyangka tikus itu bersaiz besar.

“Tikus sekarang besar-besar ya. Hampir sama saiz dengan kucing,” komen seorang pengguna @TDanial93.

“Besarnya tikus. Saya tidak boleh bayangkan semasa saya mengambil sayur, dan ada tikus di sebaliknya,” ciap @ollyolive931.

“Sihat haiwan itu, terjaga sungguh kebajikan dia di situ,” seloroh pengguna lain, @yong_hanni.

Dalam pada itu, ada juga yang menyamakan haiwan itu dengan watak kartun, Ratatoullie, tikus tukang masak yang sedang mencari bahan masakan.

Hantaran video berdurasi 8 saat itu meraih 185 ulang ciap dan 30,400 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI