fbpx

Jalan utama ke Mersing ditutup, pengguna dinasihati guna jalan alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSSIN (tengah) meninjau keadaan jalan yang dinaiki air banjir di Kampung Perpat, Tanjung Sedili.

KOTA TINGGI – Pengguna jalan dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif selepas satu jalan utama iaitu di Jalan Kota Tinggi-Mersing di Kilometer 60 ditutup hari ini.

Laluan berkenaan terletak berhampiran kuari Panti itu hanya ditutup untuk kenderaan ringan bermula pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, orang ramai disarankan agar melalui jalan alternatif iaitu Jalan Tenggaroh bagi mereka yang mahu ke Mersing.

“Setakat ini hanya satu sahaja jalan utama yang ditutup untuk kenderaan ringan dan hanya kenderaan berat serta pacuan empat roda dibenarkan.

“Jalan itu dinaiki air dengan jarak 40 meter, jadi orang ramai diminta menggunakan Jalan Kluang sebagai alternatif,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selain jalan utama, Jalan Kota Tinggi-Mersing, jalan lain yang ditutup untuk kenderaan ringan adalah Mawai Lama, Jalan Tanjung Sedili (Kampung Gembut), Jalan Johor Bahru-Endau (Ladang RISDA) dan Jalan Lok Heng-Sungai Mas (Sungai Semalok).

Hussin berkata, banjir di daerah ini masih dalam keadaan terkawal meskipun berlaku pertambahan jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga mangsa.

Beliau juga memaklumkan ada menerima laporan berkaitan pekerja ladang yang terputus bekalan makanan hari ini di Ladang Ibzi, Punggai, Bayu Damai namun bantuan telah pun dihantar.

Katanya, susulan bencana banjir yang berlaku, pihaknya akan mengadakan mesyuarat penyelerasan petang ini bersama pelbagai agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Darat, Pihak Berkuasa Tempatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita mahu semua agensi dapat diselaraskan tugasnya dan bersepadu, jadi tiada pertindihan kuasa dan sebagainya. Disamping mesyuarat berkenaan juga adalah untuk menjalinkan kerjasama diantara semua agensi terlibat.

“Kita juga mahu menasihati orang ramai agar berhati-hati sebelum meninggalkan rumah tutup elektrik terlebih dahulu, bawa dokumen penting bersama. Kita bimbang dan tidak mahu kejadian renjatan elektrik yang berlaku di Kelantan berulang,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI