fbpx

Abang ipar ‘angkut’ anak, bini tinggal rumah adik, elak sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak selesa dengan kehadiran keluarga abang iparnya yang mahu tinggal sekali di rumah baharu dia dan suami.

Perkara tersebut bermula apabila wanita itu berpindah ke rumah yang lain dan mengajak ibu serta bapa mentua untuk tinggal bersama.

Namun, apa yang merimaskan adalah abang iparnya turut membawa isteri dan anak-anaknya tinggal di kediaman mereka tanpa rasa segan.

“Saya langsung tiada masalah dengan kehadiran mentua tinggal bersama. Apa yang mengejutkan abang dia (suami) yang dah kahwin dan ada anak tu nak pindah sekali.

“Kami sudah tentu tidak setuju, tapi tak nak ada yang terasa memandangkan mak dia (ibu mentua) sudah setuju bagi pihak kami yang tak pernah setuju ini,” katanya menerusi satu luahan di Twitter.

Tambahnya lagi, abang iparnya masih tidak mempunyai rumah dan bergilir-gilir menumpang di rumah mentuanya atau keluarga isterinya.

“Abang tak ada rumah, setiap kali dia balik rumah mentua saya, mereka akan guna bilik mentua buat macam bilik mereka, dan mentua akan tidur di ruang tamu.

“Sebab itu saya dan suami ajak mentua duduk sekali sebab tak nak lihat mereka (mentua) kena buli macam itu lagi,” luahnya.

Jelas wanita itu, tujuan dia mengajak mentua tinggal bersama adalah untuk menemaninya di rumah disebabkan suaminya sering bekerja ke luar kawasan dan rumah agak kosong untuk tinggal sendirian.

Dalam pada itu, perkongsiannya turut menjadi bualan netizen di media sosial apabila rata-rata mengakui memang wujud keluarga ipar yang tidak tahu malu dan mengambil kesempatan di atas kebaikan adik-beradik lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI