fbpx

CVIA tarik pelaburan RM2.5 bilion di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHUKRI (dua dari kiri) mendengar taklimat pembangunan Perlis Inland Port (PIP) selepas melawat CVIA di Chuping, dekat Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR – Projek Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) berjalan lancar dengan memperoleh nilai pelaburan berjumlah RM2.5 bilion setakat ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan berkata, pembinaan infrastruktur projek mega itu dijangka selesai dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.

“Pihak kami sentiasa mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri dan agensi-agensi pusat lain bagi membantu membawa lebih ramai pelabur terlibat sama dalam projek ini.

“Kita juga mendapat kerjasama yang sangat erat daripada kerajaan negeri melibatkan aspek kelulusan tanah, air, elektrik dan pelbagai prasarana lain bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek,” katanya selepas menerima lawatan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang meninjau perkembangan projek itu di Chuping, dekat sini hari ini.

Menurut Mohamad Haris, buat masa ini, terdapat beberapa pelabur dalam bidang pembuatan turut menyertai projek itu yang menyediakan 1,870 peluang pekerjaan buat penduduk tempatan.

“Jumlah pelabur dijangka bertambah selepas pelaksanaan infrastruktur ini selesai, malah tidak ada mana-mana projek yang dihentikan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada pihak pemaju bagi memastikan pelaksanaan projek mega itu berjalan lancar.

“Kerajaan negeri juga akan berusaha bagi membantu mempercepatkan pembangunan projek itu dengan menyegerakan sebarang kelulusan yang diperlukan oleh pihak terlibat.

“Itu adalah perkara asas yang saya rasa kerajaan negeri sepatutnya memberi komitmen dan kita akan pastikan ia berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga akan melihat dan membantu sekiranya terdapat sebarang keperluan semasa berhubung pelaksanaan projek itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI