fbpx

Piala Dunia: Malaysia kalah di tangan Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pemain Malaysia berjalan keluar padang selepas tewas kepada Afrika Selatan pada Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar - Rourkela, India di Stadium Hoki Antarabangsa Birsa Munda di sini, hari ini. -Foto FARIZ RUSADIO

ROURKELA – Malaysia gagal beraksi pada tahap sebenar apabila tewas 3-6 kepada Afrika Selatan dalam aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.

Kekalahan itu meranapkan impian Speedy Tigers untuk menamatkan Piala Dunia Hoki 2023 di tempat kesembilan apabila terpaksa beraksi dalam penentuan No.13 hingga 16.

Punca utama kekalahan skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu adalah kerana kesilapan mudah dilakukan yang membenarkan Afrika Selatan meledak tiga gol dalam separuh masa pertama.

Tiga gol itu dijaringkan Bradley Sherwood pada minit kesembilan, Guy Morgan (m-17) dan Nqobile Ntuli (m-26).

Afrika Selatan, No.18 dunia, membuktikan status sebagai juara Piala Negara-Negara FIH 2022 dengan tiga lagi gol menerusi Keenan Horne (m-43), Mustaphaa Cassiem (m-44) dan Sherwood pada minit ke-57.

Malaysia di ranking ke-10 dunia, terpaksa akur apabila hanya dapat menjaringkan tiga gol melalui Muhammad Razie Abd. Rahim (m-35, m-45) dan Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-57. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI