fbpx

KPT kenal pasti bantuan pelajar terkesan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusof (kiri) dan Sulaiman (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Duta TVET UTeM di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka hari ini.

MELAKA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengenal pasti bentuk bantuan bakal disalurkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjadi mangsa banjir di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, bantuan itu ditentukan berdasarkan masalah dihadapi oleh pelajar terlibat.

Menurutnya, seandainya mereka menghadapi masalah penempatan, kementerian akan menempatkan ke satu tempat bersesuaian sebelum banjir reda.

“Kebiasaannya KPT akan menyalurkan bantuan dan menggerakkan sukarelawan bagi membantu kalau berlaku bencana seperti banjir.

“Kita akan melihat masalah apa yang dihadapi pelajar, jika berkaitan penempatan mereka tidak selesa, kita akan tempatkan mereka ke lokasi lain yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Duta TVET Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, pihaknya bersedia untuk menghantar Sukarelawan Tuah bagi membantu mangsa banjir yang semakin bertambah di empat buah negeri.

Menurutnya, pasukan itu cukup mahir menguruskan pasca banjir terdiri daripada 300 pelajar dan 200 kakitangan.

“Kami sudah bersedia untuk digerakkan jika mendapat arahan daripada KPT untuk pergi dan kita akan pergi ke mana sahaja yang diarahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI