fbpx

EFL: Weghorst akui mula temui persefahaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEGHORST

MANCHESTER – Penyerang baharu Manchester United, Wout Weghorst mengakui boleh menarik nafas lega selepas berjaya membuka ‘akaun’ jaringan apabila meledak gol untuk membantu pasukan menewaskan Nottingham Forest 3-0 awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Weghorst te­lah berhijrah secara pinjaman daripada kelab Liga Kejuaraan, Burnley pada awal bulan ini dan jaringan yang dilakukannya adalah yang pertama buat The Red Devils selepas melakukan tiga penampilan.

Penyerang antarabangsa Belanda itu berharap keputusan positif yang diraih pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) semalam dapat meletakkan pasukan sebelah kaki ke pentas final.

“Ini adalah keputusan yang sangat positif kerana kejohanan ini sangat penting memandangkan peluang buat pa­sukan menjulang trofi ini. Kini, masih ada satu halangan yang perlu ditempuh sebelum kita dapat mara ke pentas final.

“Saya harap pemain dapat kekal tenang dan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri nanti dengan terus merekodkan kemenangan bergaya,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

Mengulas mengenai jaringan yang dilakukan, Weghorst percaya kesefahaman yang jitu sudah dibentuk dengan rakan-rakan sepasukan di jentera serangan seperti Marcus Rashford dan Bruno Fernandes.

“Ini adalah jaringan pertama dan sudah tentu saya gembira. Namun, saya baru membuat tiga penampilan dan ba­nyak lagi jaringan yang perlu disumbangkan untuk memastikan sasaran pasukan musim berjaya dicapai,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI