fbpx

‘Konsep Madani tidak akan berjaya dengan gejala rasuah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Konsep madani yang tidak berasaskan acuan Allah SWT dan Rasulullah SAW dikhuatiri akan menuju kegagalan sepertimana tamadun-tamadun terdahulu.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dengan tema ‘Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Reformasi’.

Abdul Hadi berkata, perkataan madani yang berasal daripada bahasa al-Quran hendaklah diterjemahkan dengan makna yang sahih dan diamalkan mengikut perintah Allah SWT.

Menurutnya, Al-Farabi Radiallahu Anhu (ra) menegaskan, dalam usaha untuk menjadikan negara berkonsep madani tidak boleh dijayakan dengan gejala rasuah, salah laku, salah urus, zalim termasuk pengabaian integriti.

“Ibn Khaldun ra pula memperkenalkan perkataan madani dalam ilmu politik dan kemasyarakatan melalui kitabnya yang terkenal, al-Muqaddimah bahawa manusia itu secara tabiinya bersifat madani.

“Madani yang sebenar telah berjaya dilaksanakan oleh Rasulullah SAW berpandukan nas dan ijtihad dalam menangani realiti yang sentiasa mengalami perubahan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambahnya, umat Islam harus berwaspada dan tidak boleh terpengaruh dengan konsep masyarakat sivil yang dibawa oleh Thomas Paine, John Locke, Jean-Jacques Rousseau, Montesquieu, Adam Smith dan Karl Marx.

Terdahulu, Anwar Ibrahim melancarkan slogan baharu Malaysia Madani sebagai usaha membina martabat negara agar makmur dan dikenali pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI