fbpx

Saya tidak tahu mana anak saya sekarang – Adam Shahz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM Shahz memaklumkan sudah tiga bulan dia tidak dapat berjumpa dengan anak tunggalnya, Ivy Sophia.

SHAH ALAM – “Sebagai bapa, saya sendiri pun tak tahu mana anak saya sekarang. Katanya masuk asrama.”

Demikian kata pelakon Adam Shahz tentang keberadaan anak perempuannya selepas mendakwa hampir tiga bulan dihalang daripada berjumpa kanak-kanak itu oleh bekas isterinya iaitu pelakon, Fatin Afeefa.

Adam, 41, ketika ditemui Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memberitahu, Fatin termasuk bekas ibu mentua telah menyekat nombor telefonnya sehingga mereka gagal untuk dihubungi.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah sana (Fatin) dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya. Jadi saya tidak boleh berhubung dengan mereka,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, pelakon drama Juvana itu mendapat tahu daripada sumber yang mengatakan bahawa anaknya telah dimasukkan ke sebuah sekolah asrama tanpa pengetahuannya.

“Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu,” katanya.

Atas apa yang berlaku, sebagai seorang bapa, Adam berasa sedikit kesal apabila haknya dinafikan apabila langsung tidak boleh berjumpa dengan anak tunggalnya itu.

Ujar Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, sebelum ini dia boleh berjumpa anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Namun sejak tiga bulan lalu, dirinya dihalang berbuat demikian.

“Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

“Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja.

“Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja,” tegasnya.

Tambah Adam, dia membawa perkara tersebut ke mahkamah bukan untuk bermusuhan, tetapi hanya mahukan hak sebagai seorang bapa selain mengelak daripada difitnah netizen.

“Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.

“Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak,” katanya yang hadir seorang diri ke mahkamah.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan respon daripada Fatin belum berjaya kerana pelakon berusia 28 tahun itu belum sempat ditemu bual.

Untuk rekod, perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI