fbpx

Warga emas rugi RM30,000, rumah dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

YAN – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila rumahnya di Kampung Teroi Bukit, Guar Chempedak, dekat sini dipecah masuk pada awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 69 tahun sedang tidur seorang diri di salah sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, berdasarkan siasatan, mangsa dikatakan menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi barang terjatuh.

Katanya, dia kemudian mendapati ada seorang lelaki tidak dikenali di dalam bilik sebelum menjerit meminta tolong.

“Suspek terus melarikan diri dan sempat mengambil beg tangan berwarna hitam mengandungi barangan berharga seperti seutas gelang tangan dan dua bentuk cincin emas.

“Selain itu, terdapat juga wang tunai berjumlah RM4,000, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad pengenalan dan beberapa lagi dokumen penting milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahnaz berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tidak terdapat sebarang kesan umpil atau pecah di bahagian pintu rumah mangsa.

“Suspek menutup muka dengan kain sarung dan dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa dengan membuka selak di pintu belakang bahagian dapur melalui tingkap,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI