fbpx

[VIDEO] Op Khas: Kesalahan babit penunggang motosikal menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat pemeriksaan motosikal pada Operasi Penguatkuasaan Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi. -Foto oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Kesalahan membabitkan penunggang motosikal menunjukkan penurunan signifikan sepanjang empat hari penguatkuasaan Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, sebanyak 236 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen memandu berbanding 1,130 dalam tempoh sama tahun lalu.

“Penurunan signifikan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh dan ini menunjukkan para penunggang motosikal memiliki kesedaran tinggi untuk mematuhi peraturan jalan raya.

“Setakat ini, dapat dilihat rata-rata pengguna jalan raya patuh kepada peraturan JPJ, yang mana kesalahan tidak memakai topi keledar, tali pinggang keledar serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu sangat sedikit dalam tempoh ini,” jelasnya pada media selepas meninjau Op Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berharap kesedaran terhadap pematuhan jalan raya dapat dikekalkan dan diteruskan oleh semua masyarakat walaupun ketika di luar tempoh operasi sedemikian.

Menurutnya, seramai 57 anggota JPJ bersama agensi penguatkuasaan keselamatan lain iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan juga Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang keseluruhannya membabitkan kekuatan anggota seramai 93 orang terlibat dalam operasi tersebut bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.

“JPJ mengeluarkan 176 notis membabitkan kesalahan berkaitan lesen kenderaan motor (LKM) adalah sebanyak 100 notis, tiada lesen (40), nombor pendaftaran (29), tiada cermin sisi (2) dan lain-lain (5 kes).

“Imigresen memeriksa seramai 17 warga asing dan menahan seorang lelaki warga Pakistan kerana dokumen perjalanan diri tamat tempoh, AADK menahan seorang lelaki yang positif dadah hasil pemeriksaan terhadap 12 individu,” katanya.

Beliau memberitahu, operasi kali ini memberi fokus kepada semua jenis kesalahan berkaitan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan dan lain-lain kesalahan teknikal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI