fbpx

Pique sanggup berkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIQUE mendedahkan bahawa dia sanggup untuk menerima pemotongan gaji sebagai langkah penstrukturan kewangan oleh Barcelona. – AFP

BARCELONA – Tonggak pertahanan Barcelona, Gerard Pique dilaporkan sedia untuk menerima pemotongan gaji pada tahun depan sebagai langkah penyusunan semula kewangan dalam skuad utama gergasi Sepanyol itu.

Lembaga pengarah kelab itu mahu mengurangkan 30 peratus pembayaran gaji, namun tidak dipersetuji majoriti pemain-pemain utama The Catalan seperti Frenkie De Jong, Marc-Andre Ter Stegen, Cle­ment Lenglet dan Sergino Dest.

Bagaimanapun, Pique, 33, dikatakan antara salah seorang pemain yang sanggup me­nerima pemotongan gaji dalam kontraknya yang akan berakhir pada Julai 2022.

Difahamkan, bekas bek tengah skuad antarabangsa Sepanyol itu masih menanti perbincangan dengan pihak pengurusan Barcelona mengenai perjanjian lanjutan baharu bersama skuad bimbingan Ro­nald Koeman tersebut.

Pemotongan gaji pemain dilihat salah satu langkah yang boleh menyelamatkan Barcelona selepas dikatakan kerugian €200 juta (RM976.4 juta) kesan daripada penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Selepas mendapat bantahan ramai, Barcelona akan cuba untuk membuat pemotongan gaji sebanyak 20 peratus terlebih dahulu awal tahun depan, namun perkara berkenaan masih belum mendapat persetujuan pemain-pemain utama.

Selain pandemik Covid-19, kegagalan Barcelona memenangi sebarang trofi selepas ber­belanja besar dalam jendela perpindahan pemain pada musim lalu antara salah satu faktor kerugian kelab berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN