fbpx

EPL: Manchester United masih kekal kedudukan teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED masih mengekalkan status sebagai kelab paling bernilai di England selepas nilainya meningkat sebanyak 28 peratus sejak dua tahun lalu. – AFP

LONDON – Manchester Uni­ted kekal menjadi kelab paling bernilai di Liga Perdana Inggeris berdasarkan satu kajian yang dibuat apabila nilainya dianggarkan sebanyak £4.8 bilion (RM25.27 bilion).

The Red Devils berjaya memegang status berkenaan untuk sekian lama dan terus kekal de­ngan pencapaian tersebut selepas nilainya dianggarkan me­ningkat sebanyak 28 peratus sejak dua tahun lalu.

Pencabar utama United, ­Liverpool dan Manchester City berada di kedudukan kedua dan ketika dengan nilai masing-ma­sing sebanyak £3.8 bilion (RM20 bilion) dan £3.5 bilion (RM18.43 bilion).

Pendahulu Liga Perdana Inggeris ketika ini, Arsenal pula berada pada kedudukan keempat dengan nilai £2.9 bilion (RM15.27 bilion), manakala Chelsea dianggarkan mempunyai nilai £2.8 bi­lion (RM14.74 bilion) untuk meng­huni kedudukan kelima.

Bagaimanapun, United yang mengekalkan status itu bukanlah pasukan yang memiliki perkembangan nilai yang paling tinggi apabila mereka tewas kepada Newcastle United yang mengunjurkan peningkatan sebanyak 63 peratus bagi nilai pasukan sejak 2021.

Pengambilalihan pemilikan oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi pada 2021 menyaksikan The Magpies mempunyai nilai seba­nyak £357 juta (RM1.87 bilion) ketika ini.

Pemilik United, keluarga Gla­zer dilaporkan bersedia untuk menjual semua pegangannya di United sekiranya mendapat tawaran yang sesuai dan jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe antara individu yang menyatakan ke­sanggupan untuk membeli kelab berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN