fbpx

Harga RON95,RON97 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Harga runcit produk petroleum bagi RON95 dan RON97 kekal iaitu masing-masing pada paras RM2.05 dan RM3.35 seliter.

Pada masa sama, harga diesel juga dilaporkan kekal iaitu pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga produk petroleum bagi tempoh 26 Januari hingga 1 Februari 2023 dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI