fbpx

Teras Bumi berputar terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelidik mendapati bahawa teras berputar dalam satu arah dan kemudian arah lain seperti satu ayunan. - Mark Garlick/Discover

WASHINGTON – Satu kajian mendapati teras  Bumi  yang mempunyai suhu amat panas dengan saiz menyamai Planet Pluto, telah berhenti berputar bahkan kini, ia mungkin berputar pada arah bertentangan, lapor rangkaian televisyen Global News semalam.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience itu menganalisis gelombang seismik daripada bencana  gempa bumi sejak enam dekad lalu. 

Ia mendapati teras Bumi berhenti berputar sekitar tahun 2009 dan secara perlahan-lahan mula berputar pada arah berbeza.

Meskipun impak perubahan tersebut kepada permukaan Bumi masih belum diketahui, kumpulan penyelidik sama berkata, mereka dapat melihat corak yang mantap di mana berbanding permukaannya,  teras Bumi  beroperasi seperti ayunan dan berubah arah setiap 70 tahun.

“Kami berpendapat bahawa berbanding permukaan Bumi, terasnya  berputar dalam satu arah dan kemudian menukar arah seperti satu ayunan,” kata pengarang kajian tersebut, Xiaodong Song dan Yi Yang dari Universiti Peking di China.

Menurut mereka,  perubahan putaran terakhir sebelum tahun 2009 berkemungkinan berlaku dalam tahun 1970-an, dan perubahan seterusnya diramal pada pertengahan 2040-an.

Pada tahun lalu, seorang profesor sains Bumi di Universiti California Selatan dan rakan sekerjanya melaporkan penemuan bahawa teras Bumi mungkin boleh membalikkan putarannya setiap tiga tahun atau lebih kerap, berdasarkan gelombang seismik daripada ujian nuklear.

Beberapa penyelidik lain pula mengeluarkan teori bahawa bahagian teras Bumi sebenarnya langsung tidak bergerak, namun teras dalam mempunyai kebolehan untuk berubah bentuk. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI