fbpx

Bilangan suspek pengganas masuk ke Amerika Syarikat melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EJEN Peronda Sempadan menahan seorang PATI yang menyeberang pagar berduri di El Paso, Texas pada 20 Disember tahun lalu. -- AFP

WASHINGTON – Ejen-ejen persekutuan menangkap seramai 38 suspek pengganas di sempadan selatan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2022 ketika kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke AS mencatat angka tertinggi, lapor laman berita RT.

Menurut data agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP), kesemua suspek itu berada dalam senarai pemerhatian pengganas untuk tempoh Oktober hingga Disember 2022.

Berdasarkan data tahun fiskal terbaharu kerajaan yang berakhir pada 30 September 2022, seramai 98 suspek pengganas telah diberkas ketika cuba menyeberang sempadan di selatan AS, meningkat enam kali ganda berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya.

Sejak Presiden Joe Biden mengambil alih kuasa pada Januari 2021, kira-kira 150 orang yang berada dalam pangkalan data pengganas AS telah diberkas di zon sempadan berkenaan. Sebagai perbandingan, cuma 14 tangkapan sedemikian dibuat dalam tempoh empat tahun pentadbiran Presiden AS sebelumnya,

Donald Trump.

Angka itu lebih kecil berbanding 17 suspek pengganas yang ditahan semasa cuba memasuki sempadan AS pada bulan lalu sahaja.

Walaupun suspek pengganas hanya merangkumi sebahagian kecil daripada kumpulan PATI di sempadan selatan, angka itu meningkat hampir sembilan kali ganda sejak Biden berkuasa.

CBP tidak memberi anggaran bilangan pengganas yang lolos ke AS melalui sempadan selatan negara itu sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, daripada bilangan PATI secara keseluruhan, dianggarkan seramai 600,000 daripada mereka berjaya lolos ke AS tanpa ditangkap pada tahun lalu.

Imigran terbabit dilihat oleh ejen-ejen kawalan sempadan tetapi tidak ditangkap, bermakna sebilangan PATI berjaya menyeberang masuk ke AS tanpa dapat dikesan. Agensi Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) pula mengusir 55 suspek pengganas tahun lalu.

Ejen-ejen persekutuan di sempadan selatan AS mengesan hampir 252,000 PATI pada Disember tahun lalu sekali gus angka tertinggi pernah direkodkan. Sejak bulan pertama Biden berkuasa, lebih 4.5 juta imigran telah ditahan di sempadan AS-Mexico itu.

Wakil-wakil rakyat pembangkang daripada Parti Republikan menyalahkan dasar ‘sempadan terbuka’ Biden sebagai punca kepada krisis tersebut.

“Dasar ini membawa mesej ‘datang seorang, datang semua’ kepada pengganas, penjenayah, penyeludup dadah dan kartel,” kata wakil rakyat pembangkang, Senator Bill Hagerty. – agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI