LUMUT – Polis merampas 36 mesin bitcoin selepas menyerbu sebuah rumah di Sitiawan dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata serbuan itu dilakukan dengan kerjasama Juruteknik Khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas mengesyaki terdapat kegiatan mencuri arus elektrik di situ.
“Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, pihak polis menemui 36 unit mesin bitcoin dalam rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan ketika serbuan itu dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990. – KOSMO! ONLINE