fbpx

Polis siasat aktiviti bakar mercun, bunga api secara besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai.

IPOH – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 13 minit 46 saat hari ini, yang dimuat naik di Facebook.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku kelmarin pada pukul 8 malam di Kampung Baru, Simpang Pulai dekat sini.

“Satu laporan polis dibuat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa dan harta benda awam.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan orang ramai dipercayai penduduk dilihat berkumpul menyaksikan aktiviti bermain mercun dan bunga api yang berlangsung di atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI