fbpx

Mahkamah: Pemilik syarikat dituduh tipu tuntutan Program Penjana RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stephen Ramasundaram dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu tuntutan Program Penjana Kerjaya 2.0 Perkeso.

JOHOR BAHRU – Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah lebih RM250,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, R. Stephen, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, V. M. Mabelsheela.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah memberikan dokumen iaitu borang pengesahan pekerja program insentif pengambilan pekerja atas nama syarikat miliknya di bahagian perkhidmatan, Perkeso Johor Bahru pada 3 dan 6 Mei 2021.

Dokumen itu dihantar bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Perkeso berjumlah RM143,122 kepada ejen pertubuhan tersebut yang mengandungi pernyataan palsu nama pekerja baharu sedangkan 12 penama dalam permohonan Insentif pengambilan pekerja dalam dokumen tersebut bukan pekerja baharu syarikat milik tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh memberikan borang pengesahan pekerja program insentif pengambilan pekerja atas nama syarikat miliknya untuk membuat tuntutan palsu bernilai RM109,864 bagi insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Perkeso pada 7 Jun 2021.

Lelaki itu dituduh memperdayakan dua pegawai perkhidmatan pekerjaan Pekerjaan Perkeso Negeri Johor untuk mempercayai dokumen mengandungi pernyataan yang palsu sedangkan 13 nama dalam permohonan insentif pengambilan pekerja adalah bukan pekerja baharu syarikat itu.

Kedua-dua pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) Akta yang sama.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 15 Februari ini bagi tujuan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI