JEMPOL – Pencuri yang lena tidur dalam kejadian di Taman Tanjung Bahau, di sini, kelmarin, rupa-rupanya bukan hanya di bawah pengaruh alkohol, bahkan didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, susulan itu, suspek kini berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah rumah yang dibuka oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB )1952 disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.
“Suspek juga merupakan individu dikehendaki bagi kes di bawah kesalahan yang sama sebelum ini iaitu Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB),” katanya hari ini.
Semalam, Kosmo! melaporkan seorang warga emas terkejut apabila mendapati lelaki yang terbaring di tengah rumahnya di Taman Tanjung Bahau, rupa-rupanya merupakan pencuri yang terlelap serta tidak sempat membawa lari hasil barang curi.
Mangsa, Sin Kong Men, 66, berkata, ketika kejadian dia seperti biasa bangun dari tidur Dan mahu keluar untuk minum pagi seperti biasa di kedai berhampiran kira-kira pukul 6.15 pagi. – KOSMO! ONLINE