fbpx

Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat kepada 3,967 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kanak-kanak meredah air banjir untuk berpindah ke kawasan selamat setelah kediaman keluarga mereka dinaiki air di Kluang.

JOHOR BAHRU – Angka mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 3,967 penduduk melibatkan 1,104 keluarga di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas setakat pukul 12 tengah hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,912 penduduk daripada 833 keluarga yang ditempatkan di 30 PPS pada pukul 12 tengah malam tadi.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, enam daerah terjejas akibat banjir adalah Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Muar dan Batu Pahat.

“Segamat menjadi daerah terjejas teruk akibat banjir dengan seramai 1,417 penduduk daripada 399 keluarga terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 13 buah PPS dibuka di daerah berkenaan, diikuti Kluang (1,191 mangsa), Kota Tinggi (568 mangsa) dan  Batu Pahat (151 mangsa),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata, lapan PPS dibuka pada hari ini melibatkan tiga PPS di Segamat, Mersing (1), Batu Pahat (2) dan Muar (2) sebagai persediaan awal bagi menempatkan mangsa banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI