fbpx

Semua benda nak rakam, viral – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA Huda tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah orang yang merakam video orang lain tanpa kebenaran sehingga boleh mendatangkan fitnah dan mengaibkan.

PETALING JAYA – Pelakon Nabila Huda menyifatkan zaman media sosial sangat pada hari ini sangat bahaya kerana ramai yang bertindak memuat naik kandungan dengan tujuan viral semata-mata.

Katanya, sesiapa sahaja boleh merakam video orang lain dan muat naik kandungan tersebut dalam media sosial untuk meraih jumlah tontonan tinggi dan menjana pendapatan.

“Zaman media sosial sebenarnya bahaya kan. Semua benda nak rakam, muat naik untuk diviralkan.

“Paling bahaya, video yang diambil tanpa izin empunya badan dan suka hati muat naik semata-mata untuk meraih tontonan dan dapat pendapatan dari situ,” tulisnya dalam ciapan Twitter.

Nabila atau mesra disapa Abil, 39, menambah, tindakan seseorang individu mengambil video orang lain tanpa kebenaran sebenarnya satu perbuatan tidak elok.

Hal ini kerana perkara tersebut boleh mengundang fitnah atau mengaibkan seseorang dalam media sosial.

“Kalau diri sendiri rakam untuk peribadi tak jadi masalah. Hak masing-masing nak kongsi apa pun.

“Maksud saya, yang suka rakam orang lain. Privasi orang ke, apa-apa yang mengaibkan seseorang atau menimbulkan fitnah. Kalau kita nampak, diam dan simpan sajalah sendiri kan,” tambahnya.

Perkongsian pelakon drama Diva Popular itu bagaimanapun tidak dinyatakan merujuk kepada isu atau mana-mana individu.

Sebaliknya perkara tersebut cuma menjadi luahan Abil yang turut bertanyakan pendapat pengikutnya dalam Instagram.

“Mereka nak viral, dah dapat pengikut, mula ambil kerja ulasan produk.

“Dapat duit dari jual maruah dan aib orang lain. Gila!” komen pelakon Fatin Afeefa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI