fbpx

Hujan berterusan di lima negeri sepanjang hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lima negeri pada hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, hujan lebat berterusan kategori bahaya dikeluarkan di beberapa kawasan sekitar negeri Johor dan Sabah.

“Di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dan Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

Menerusi kenyataan itu juga, amaran hujan berterusan kategori buruk dikeluarkan di beberapa daerah di Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Di Pahang di Pekan dan Rompin; seluruh  Negeri Sembilan dan Melaka; Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian);  Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) dan Sabah, Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu),” ujarnya.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran berterusan kategori waspada dijangka berlaku di negeri Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera); Sarawak di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Sabah di Sandakan (Tongod). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI