fbpx

Mahkamah: Jururawat, suri rumah didakwa memperdagangkan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Azlina (kiri) dan Murugamal (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari.

IPOH – Dua wanita termasuk seorang jururawat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari tiga tahun lalu.

Tertuduh, Noor Azlina Mohd. Nasir, 41, dan D. Murugamal, 52,

Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita itu didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia sembilan hari di kawasan letak kenderaan berdekatan sebuah hospital swasta dalam daerah Manjung, pada pukul 12 tengah hari, 18 Jun 2020.

Noor Azlina yang merupakan jururawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah manakala Murugamal yang juga suri rumah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh namun peguam, Mohd. Firdaus Mohd. Farouk memohon jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya.

Menurut Mohd. Firdaus, kedua-dua anak guamnya itu telah berkahwin di mana Noor Azlina mempunyai lima anak dan bekerja di sebuah hospital di Alor Setar manakala Murugamal yang tidak bekerja dan tidak mempunyai anak itu menghidap sakit jantung dan kencing manis.

Hakim Norashima kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI