fbpx

Anjing tembak, bunuh lelaki dalam kemalangan semasa memburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki memburu bersama anjing peliharaannya. – AFP

WASHINGTON – Seekor anjing menembak dan membunuh seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS)  hujung minggu lalu, kata polis selepas ia memijak sepucuk senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah trak pikap.

Perbuatan itu menyebabkan raifal tersebut melepaskan tembakan yang mengenai mangsa di tempat duduk penumpang hadapan. Peluru yang dilepaskan menembusi belakangnya. Menurut polis negeri Kansas, ketika kejadian, mangsa  dan anjing berkenaan keluar untuk memburu.

“Seekor anjing milik pemilik trak pikap itu memijak raifal yang dibawa, menyebabkan tembakan dilepaskan. Tembakan  mengenai penumpang tersebut dengan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan masih berjalan tetapi siasatan awal mendapati kes ini berkaitan dengan kemalangan semasa memburu,” kata Pejabat Syerif Daerah Summer dalam satu kenyataan.

Polis tidak mendedahkan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia merupakan pemilik anjing tersebut.

Kemalangan melibatkan senjata api menjadi perkara biasa di AS. Negara itu memiliki lebih banyak senjata api berbanding penduduknya. Menurut data  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lebih 500 orang meninggal dunia dalam kemalangan senjata api dalam tahun 2021. – AFP ,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI