fbpx

SK Seri Sentosa ditutup seminggu ekoran Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal, Pulau Pinang diarahkan ditutup selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober setelah kes positif Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal dekat sini diarahkan tutup selama seminggu bermula hari ini setelah kes positif Covid-19 dilaporkan di sekolah itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, arahan ini susulan laporan kes positif Covid-19 membabitkan seorang murid.

Bagaimanapun, Abdul Rashid enggan mengulas lanjut mengenai punca jangkitan tersebut.

“Terdapat satu kes Covid-19 yang disahkan di sekolah itu, jadi pihak kami mengarahkannya untuk ditutup selama seminggu bermula 20 Oktober sehingga 26 Oktober.

“Pentadbiran sekolah akan memastikan guru bekerja dari rumah dengan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus di Penaga, Kepala Batas dekat sini ditutup selama lapan hari selepas seorang guru disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI