fbpx

Mayat warga asing ditemui terapung dalam lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan terapung di sebuah bekas tapak lombong di Dengkil semalam.

DENGKIL – Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dipercayai warganegara asing ditemui terapung di sebuah bekas tapak lombong berhampiran projek perumahan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat itu ditemui seorang pemancing pukul 3.05 petang berhampiran tapak Projek MCT Cybersouth, di sini.

Beliau berkata, mayat ditemui dalam keadaan terapung dan dianggarkan berketinggian lebih kurang 180 sentimeter (cm) dan bertubuh gempal.

“Mayat tanpa identiti itu disyaki warganegara asing berikutan tiada tanda suntikan BCG pada lengan simati.

“Kerja-kerja mengalih dan mengangkat mayat ke tebing seterusnya dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, mayat disyaki telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang telah lebam dan mengelembung serta kulit mengelupas.

“Siasatan lanjut di kawasan lombong itu tidak menjumpai kenderaan yang digunakan oleh si mati dan mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI