fbpx

[VIDEO] Anak paus terdampar di pantai Kampung Nelayan diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menolak anak ikan paus yang terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram, Miri ke kawasan yang lebih dalam agar ia dapat berenang semula ke laut.

MIRI – Suasana di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram di sini riuh seketika dengan kehadiran seekor anak ikan paus yang terdampar di situ.

Susulan laporan yang dibuat oleh orang awam di situ kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong segera dikerahkan ke lokasi bagi menyelamat mamalia itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata setiba pasukan bomba di lokasi, didapati seekor anak ikan paus dianggarkan sepanjang empat meter terdampar di tepi pantai berkenaan.

“Operasi menyelamat terus dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dengan menolak anak ikan paus itu ke kawasan yang lebih dalam.

“Ia bagi memudahkannya untuk berenang ke laut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, setelah mamalia itu kembali berenang ke laut, pasukan bomba kemudian balik ke balai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI