fbpx

Wanita terkejut lihat suami mati 9 tahun lalu dalam video iklan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN Facebook restoran itu dibanjiri pelbagai teori berhubung iklan yang dimuat naik pada 16 Januari lalu. - Spice Cottage

LONDON – Seorang wanita di Britain mendakwa melihat suaminya makan di sebuah restoran baru-baru ini walaupun lelaki itu sudah meninggal dunia sembilan tahun lalu, lapor akhbar New York Post.

Lucy Watson mengulas mengenai video iklan online  yang dikongsi oleh restoran Spice Cottage di Westbourne, West Sussex pada 16 Januari lalu.

Ketika bertanya mengenai usia rakaman itu, Watson berkata, dia melihat anak lelaki dan suaminya dalam video tersebut walaupun lelaki itu meninggal dunia pada 2014.

Restoran berkenaan sebaliknya menyatakan bahawa video itu dirakam seminggu sebelum ia disiarkan.

Restoran yang ditubuhkan pada 1994 itu menyiarkan video bersama kapsyen bermaksud: “Tahun baharu, suasana baharu!

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami bekerja keras untuk menjadikan pengalaman menjamu selera di sini lebih diingati,” jelas kapsyen berkenaan. 

Situasi membingungkan itu membuatkan pengguna media sosial tertanya-tanya dan berkongsi teori mereka mengenai kemungkinan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, tiada ulasan lanjut diberikan kedua-dua pihak berhubung siapa lelaki itu sebenarnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI