fbpx

Kekasih berkeras mengaku adik-beradik elak dicekup JAIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih berusia 29 dan 28 tahun yang dicekup JAIM dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Klebang, Melaka, Ahad lalu.

MELAKA – Sepasang kekasih berkeras mendakwa mereka hanyalah adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Klebang, di sini, Ahad lalu.

Individu berusia 29 dan 28 tahun itu antara 10 pasangan kekasih yang dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketika serbuan dibuat, pasangan itu pada awalnya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membuka pintu dan membenarkan penguat kuasa membuat pemeriksaan di dalam bilik.

“Pasangan itu kemudiannya berkali-kali memberitahu mereka adalah adik-beradik sehingga keadaan menjadi tegang, namun gagal membuktikannya melalui dokumen sah.

“Selepas lebih 5 minit soal siasat, mereka akhirnya mengakui sebagai pasangan kekasih dan memberikan alasan bermalam di hotel tersebut untuk berehat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sembilan pasangan yang lain berjaya dicekup dalam serbuan di kawasan Simpang Ampat dan Rembia di sini yang dijalankan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi.

“Kesemua pasangan itu berjaya ditahan hasil daripada maklumat orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (RASIM) yang membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral serta maksiat.

“Mereka telah dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI