fbpx

Piala Dunia Hoki: Speedy Tigers buru ranking 10 terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal turun berdepan Afrika Selatan untuk mencari tempat ke saingan klasifikasi sembilan hingga 12 di Stadium Hoki Birsa Munda esok.

BHUBANESWAR – Biarpun gagal melangkah ke suku akhir, tetapi klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Piala Dunia Hoki 2023 yang akan berlangsung di Rourkela esok tetap mempunyai persaingan tersendiri.

Tiga negara dalam ranking 10 terbaik dunia seperti India (No. 6), Argentina (No. 7) dan Malaysia (No. 10) pastinya memburu penamat terbaik bagi mengelak meng­huni kedudukan empat tercorot daripada 16 pasukan.

Ia bukan mudah kerana lawan dalam pusingan klasifikasi kali ini juga mempunyai kemampuan tersendiri seperti Perancis (No. 12), Wales (No. 14), Afrika Selatan (No. 15), Jepun (No. 18) dan Chile (No. 23).

Atas kertas, Malaysia sepatutnya tiada masalah untuk menewaskan Afrika Selatan di Stadium Hoki Birsa Munda esok untuk meloloskan diri ke penentuan tempat kesembilan hingga 12.

Ia berdasarkan rekod pertemuan yang memihak kepada Speedy Tigers dengan empat kemenangan daripada lapan aksi menentang Afrika Selatan termasuk pesta gol 7-2 di Piala Sultan Azlan Shah hujung tahun lalu.

Ketua Jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj percaya barisan pemainnya akan bangkit daripada kekecewaan tewas kepada Sepanyol.

“Pemain telah tunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Kecewa tetap kecewa tetapi mereka tewas dengan persembahan yang bermaruah.

“Kami perlu habiskan kejohanan di kedudukan tertinggi untuk menjamin kelompok ranking 10 terbaik dunia,” katanya.

Menariknya, Malaysia dijang­ka bertemu tuan rumah, India dalam penentuan tempat kesembilan hingga 12 yang dianggap sebagai mini ‘final Sukan Asia’ pada Sabtu ini.

India yang masih terluka gagal ke suku akhir gara-gara tewas mengejut kepada New Zealand, dilihat tiada masalah menca­tat kemenangan ke atas Jepun dalam aksi klasifikasi esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI