fbpx

Dituduh cukur bulu kening? Ini jawapan Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

KUALA LUMPUR – Hampir seminggu selepas mengambil keputusan berpurdah, Neelofa tetap tidak boleh lari daripada kritikan orang ramai terutama dari segi penampilan.

Tidak cukup dakwaan kononnya menukar imej sebagai persediaan sebelum perkahwinan, ada juga yang tidak berpuas hati dengan penampilan Neelofa mengenakan busana singkat menampakkan bentuk kaki walaupun menutup aurat dengan stoking.

Tidak terhenti sekadar di situ, ada juga netizen mempersoalkan sama ada dia mencukur bulu keningnya.

“Banyak komen cakap saya lukis dan cukur bulu kening. Saya sudah lama tidak cukur kening. Saya biarkan sahaja macam ini.

“Untuk mereka yang curious (ingin tahu) sama ada saya cukup kening atau tidak, jawapannya kening memang tidak dicukur atau dicabut,” kata pengacara program bual bicara, Next To Neelofa itu melalui satu entri video di Insta Storynya.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, menggemparkan industri seni tanah air apabila memutuskan untuk berpurdah sejak minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI